Ads 468x60px

Pages

Subscribe:

Total Pageviews

Featured Posts

Tuesday 19 April 2016

CONTOH KELULUSAN & PERMIT MAID

Permit PRA & Kelulusan

Pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) perlu bersama dengan permohonan permit untuk mengesahkan PRA tersebut sah bekerja dengan majikan.

Agensi kami amat menitikberatkan permit untuk PRA. Kami akan memohon permit sebagai wakil majikan untuk PRA yang kami bekalkan. Kami tidak akan membekalkan PRA yang kosong, bermaksud tidak mempunyai permit bekerja yang sah di Malaysia.

Berikut adalah contoh Kelulusan & Permit yang telah di luluskan dan telah di terima :-


 

Monday 4 April 2016

Latihan Untuk Pembantu Rumah

Agensi kami menyediakan latihan untuk Pembantu Rumah (PR) kami dan kami mempunyai Pusat Latihan sendiri di Malaysia.

Kami membekalkan Pembantu Rumah yang berkualiti untuk berkhidmat dengan majikan-majikan di Malaysia.

Pembantu Rumah akan di beri latihan oleh Staff yang terbaik dan berkualiti. Setiap "PR" perlu menghabiskan training module untuk mendapatkan tahap kualiti yang baik dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana rumah di Malaysia.







Tuesday 8 March 2016

Pembantu Rumah Baru - March 2016

Pembantu Rumah / Maid Baru Sampai utk March 2016

Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

Hubungi kami di 014 6161008

Kelebihan tempat kami :-

1. MAid kami di latih 
2. Majikan dapat segera,tidak perlu tunggu 
3. Ada jaminan gantian sekiranya Maid buat masalah atau lari 
4. kontrak bersama majikan,maid dan agensi disediakan 
5. Maid boleh dipilih,kami juga sediakan sesi interview untuk pemilihan maid

whatsapp : 014 6161008

blog : http://pembanturumahquestar.blogspot.my/
page : www.facebook.com/maidquestar

#pembanturumah #maid #indonesia #pembanturumahmurah


Wednesday 2 March 2016

"Maid.. Important Than Diamond"

累了? 没时间处理家务?需要一个得力助手帮忙照顾孩子、看顾病人和陪伴老人家吗?
我们有现成的女佣任你选择!
/我们的保证 :-
1.      有效的工作准证。
2.      试用5天、保障3个月。
3.      有现成的佣人可选。立刻可以开工。
4.      提供的佣人全部经过严格的训练
5.       免费辅导服务两年。
没有格外费用如合同和文件完整交齐,价钱公道!



Whatsapp            : 016 6335 300
                : 014 2291 922
                : 

Office : 03 7831 7713

Tuesday 16 February 2016

Khidmat Runding Cara Untuk Syarikat

Kami menyediakan khidmat runding cara untuk mana2 agen atau company yang memerlukan servis permit untuk:- 
1. Dp10 
2. Dp11 
3. 6P 
4. Permit Pekerja Asing 
5. Permit Pembantu Rumah Asing 
6. Pembantu Rumah Asing 

Segala urusan adalah secara sah. cuma kami akan memudahkan kerja tuan-tuan. 

Hubungi 014 6161 008

Wednesday 10 February 2016

Info Ringkas Mengenai Pembantu Rumah

Isu Pembantu Rumah (PRA) melarikan diri

Isu tentang pembantu rumah melarikan diri sudah menjadi topik yang sudah lama namun kes ini perlu di titik beratkan kerana melibatkan aspek penting dari segi kos, keselamatan, harta benda dan juga boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan untuk majikan mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Banyak faktor atau penyebab berlakunya “kes lari” ini. Beberapa faktor dapat di kenal pasti seperti :-

a.       Gangguan luar (persekitaran rumah majikan)
b.      Gangguan keluarga (keluarga pembantu/keluarga majikan)
c.       Gangguan perasaan (kes cinta,kes perceraian)
d.      Pembantu Rumah tidak terlatih
e.      Majikan terlalu cerewet

Gangguan Luar

Kawasan persekitaran rumah majikan/tempat PRA bekerja perlu di ambil kira supaya majikan boleh mengelakkan terjadinya kes lari. Jika kawasan rumah majikan berdekatan dengan tempat pembinaan, kedai-kedai kecil yang di monopoli oleh pekerja asing, rumah sewa berdekatan yang di sewa oleh orang asing dan juga orang bujang, majikan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal keluar masuk PRA. Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada PRA untuk keluar masuk rumah kerana boleh terdedah kepada orang persekitaran seterusnya PRA akan terpedaya dengan “cerita manis” dan tipu daya mengenai keseronokan bekerja di tempat lain. PRA yang belum pernah datang ke Malaysia mudah tertipu dengan golongan yang suka mengambil kesempatan ini.

Gangguan Keluarga

Gangguan keluarga samada dari keluarga PRA atau keluarga majikan sendiri memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketetapan/ketenangan PRA untuk bekerja. Majikan seharusnya mengawal perhubungan antara PRA dan keluarga mereka. Kebiasaan, keluarga PRA akan menekan PRA supaya menghantar duit sekerap mungkin dan ini akan menyebabkan PRA tertekan seterusnya boleh menyebabkan PRA terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang tambahan. PRA yang tidak berfikir panjang dan terlalu tertekan, akan mengambil jalan singkat seperti mencuri duit majikan, menjual barang majikan seterusnya apabila PRA terasa bersalah dan malu pada majikan. Mereka akan melarikan diri dan cuba bekerja di tempat lain pula.
Keluarga majikan juga memainkan peranan penting dalam hal ini. PRA seharusnya tidak boleh mendapat arahan berbeza dalam satu masa untuk memenuhi semua keperluan keluarga majikan. PRA mahupun sesiapa pun tidak akan mampu membuat 3,4 kerja dalam satu masa. Majikan seeloknya membuat jadual bekerja supaya kerja PRA lebih tersusun dan teratur. Ada kes di mana keluarga majikan yang tidak tinggal bersama tetapi membawa pakaian luar untuk di basuh,di sterika dan di lipat.

Gangguan Perasaan

Majikan seharusnya menyekat dari PRA menjalinkan hubungan cinta ketika bekerja. Terutamanya bercinta dengan seseorang yang berada di Malaysia. PRA akan meminta h/p untuk berhubung dengan pasangan dan ini boleh mengganggu prestasi PRA. Kes perceraian ketika PRA sedang bekerja juga boleh mengganggu PRA. PRA perlu di kawal untuk membantu mereka fokus pada dalam melakukan kerja seharian mereka.
PRA Kurang Berkualiti/Kurang Latihan
Ada agensi yang mengambil pekerja tanpa memberi latihan kepada PRA. Agensi sepatutnya memberi latihan kepada PRA paling kurang mendedahkan PRA tentang suasana dan cara kerja rumah di Malaysia. Ada PRA  dari pendalaman yang tidak pernah bekerja atau tidak pernah membuat kerja rumah semasa di kampong, mereka ini perlu di beri latihan sewajarnya oleh agensi supaya dapat mengurangkan kesalahan dalam membuat kerja dan dapat mengurangkan perlunya majikan memberi tunjuk ajar yang berterusan.

Majikan Cerewet

PRA seharusnya berkualiti dalam kerja dan majikan pula perlu berkualiti supaya antara PRA dan majikan mudah wujud keserasian bersama. Ada majikan yang terlalu cerewet dan suka mengeluarkan kata-kata kesat pada PRA dan menekan perasaan PRA. Majikan seharusnya tegas namun perlu juga bertolak ansur dengan PRA sekiranya PRA melakukan kesalahan. Majikan perlu menegur dengan tegas supaya kesalahan sama tidak berulang. Majikan boleh membuat tata kerja untuk rujukan PRA, membuat nota peraturan, dan memberi tunjuk ajar semasa tempoh penyesuaian antara majikan dan PRA.

TIPS untuk Majikan

Ø  Handphone perlu di kawal. PRA tidak boleh menyimpan h/p sendiri
Ø  Jadual kerja, peraturan rumah majikan perlu di buat
Ø  Sentiasa berinteraksi dengan PRA untuk memahami PRA
Ø  Mendapatkan PRA dari agensi yang boleh di percayai
Ø  Mengawal pergaulan PRA dengan orang luar
Ø  Menyimpan barang-barang berharga PRA

*Penulisan info ini hanyalah  pandangan saya. Tiada kena mengena/khusus pada sesiapa. Sama-sama mendapat kemudahan dan keberkatan –Ricky 11 Feb 2016